Monday, April 7, 2008

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

ZAPIN

Ditubuhkan pada tahun 2002, kumpulan zapin Seni Warisan ini diketuai oleh Encik Mahfuz bin Mohd. Zin. Dianggotai seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 orang penari, 8 orang pemain muzik dan 2 orang penyanyi. Kumpulan ini telah banyak menyertai pertandingan diperingkat daerah dan negeri selain pernah menjadi Johan Zapin di Peringkat Daerah Muar. Sehingga kini, kumpulan ini masih aktif dan banyak menerima undangan persembahan dimajlis-majlis rasmi dan kenduri kahwin.



GHAZAL

Kumpulan ghazal ini diketuai oleh Encik Husaini bin Hj Mastor Ali dan dianggotai oleh seramai 15 orang pemuzik dan penyanyi. Banyak menerima undangan untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi serta majlis perkahwinan. Keistimewaan kumpulan ini adalah ketuanya mempunyai kemahiran untuk membuat alat-alat muziknya sendiri. Bersedia untuk memberikan tunjuk ajar serta persembahan secara langsung di bengkelnya yang terletak di Parit Nombor 2.


KEMPLING

Kempling atau Campuling merupakan muzik tradisional orang-orang Jawa. Kumpulan yang diketuai oleh Encik Tamat bin Hj Abdullah ini dianggotai seramai 8 orang pemuzik ini biasanya menjadi muzik latar atau iringan pada majlis-majlis keramaian.






KUGIRAN 60'AN

Kugiran "Jaka Persona" ini diketuai oleh Encik Din Zakariah bin Hj. Samsudin dianggotai oleh 6 orang pemuzik dan penyanyi. Sering diundang memeriahkan majlis perkahwinan dengan genre lagu-lagu Pop Yeh Yeh 60’an yang menghiburkan.








BARONGAN DAN KUDA KEPANG

Barongan adalah satu kegiatan kesenian yang berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia. Persembahan ini merupakan pengkisahan semula satu epik Jawa yang menceritakan seorang pahlawan yang gagah bernama Kelana Wijaya tetapi telah disumpah menjadi mahluk berkepala harimau dan berbadan merak demi mengejar cintanya kepada Puteri Intan Ayu. Kebiasaannya persembahan barongan ini juga turut diiringi beberapa penari berkuda kepang yang melambangkan bala tentera yang mengiri pahlawan tersebut.

Kumpulan yang dianggotai seramai 20 orang ini diketuai oleh Encik Nasarudin bin Mat Sitar yang merupakan generasi ketiga mewarisi kumpulan kesenian ini dari bapa dan datuknya. Mereka sering diundang pada majlis keramaian atau menjadi pengiring kepada pasangan pengantin di majlis perkahwinan mahupun orang kenamaan pada majlis-majlis rasmi.










SILAT

Silat Nusantara Kampung Parit Bugis diketuai oleh Encik Saadon bin Jumiran. Mempunyai keahlian seramai 50 orang, dan ada pesilat dari kumpulan ini yang pernah menyertai pertandingan silat hingga ke peringkat Sukan Sukma.









Kami bersedia mengaturkan mana-mana kegiatan kesenian ini untuk mengiringi apa-apa majlis keramaian atau majlis-majlis rasmi. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi kami.